Nadi Esukan Lms - Keselamatan Siber Dan Perlindungan Data Dalam E-Sukan
27 Ogos 2025 | Aktiviti TerkiniPada 26 Ogos 2025, telah berlangsung NADI eSukan LMS - KESELAMATAN SIBER DAN PERLINDUNGAN DATA DALAM E-SUKAN. Kelas ini berlangsung di NADI Padang Besar Selatan bermula pada pukul 03:00 petang sehingga pukul 03:30 petang. Tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencapai Road To 1 Million ahli NADI.
Sepanjang kelas ini berlangsung, peserta menonton video Keselamatan Siber Dan Perlindungan Data Dalam E-Sukan. Di dalam video menunjukkan objektif pembelajaran iaitu fahami bentuk dan jenis ancaman siber dalam ekosistem esukan, kenal pasti data peribadi dan akaun yang mudah terdedah kepada risiko, pelajari teknik melindungi maklumat peribadi dan organisasi, ketahui cara mengukuhkan akaun melalui langkah keselamatan asas seperti 2FA dan pengurusan kata laluan dan galakkan sikap berjaga-jaga semasa berinteraksi di alam maya. Seterusnya, video menunjukkan jenis ancaman siber dalam eSukan seperti Phishing, Malware, Kebocoran Data dan Akses tanpa kebenaran. Akhir sekali, video menunjukkan 5 langkah keselamatan siber antaranya adalah guna perisian antivirus terkini, elak kongsi maklumat sensetif, tukar kata laluan secara berkala, aktifkan 2FA dan guna aplikasi rasmi sahaja
Dengan adanya kelas seperti ini, ianya dapat meningkatkan kemahiran komunikasi antara peserta, melatih semangat kerjasama antara pasukan dan membina hubungan baik diantara pihak pengurusan NADI dan komuniti. Selain itu, dapat menggalakan pelajar mendapatkan kemudahan yang NADI sediakan.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: